Monday 27 May 2013

MYBLOG


So Simple About Me...



 SYUKUR ALHAMDULILAH....


Disini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang diri saya....

Nama diberi ZAHIRAH BT ABDUL RAZAB....
Berasal dari negeri pantai timur iaitu negeri yang amat kusanjungi negeri KELANTAN dan saya merupakan anak jati Bachok.....
Yang paling penting adalah saya merupakan seorang penuntut di Universiti Pendidikan SUltan Idris ( UPSI)  yang amat saya kagumi dan cintai ini...
Mesti ramai yang tahu UPSI bertempat di bumi  Tanjung Malim, Perak.
Merupakan salah sebuah universiti yang dikagumi dan disegani oleh masyarakat... Maklumla...semua bakal-bakal GURU yang terlatih dari segi mental dan fizikal terdapat di upsi...
Saya bersyukur sangat-sangat kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di upsi..
Yang paling penting...
niat untuk saya berbakti dan mencurahkan ilmu kepada masyarakat akan termakbul tidak lama lagi..
Akhir kata..
doakan saya dan rakan-rakan berjaya menjadi seorang GURU yang berwibawa dan berbakti kepada masyarakat dan negara tercinta di masa akan datang....

SEKIAN...


Sunday 26 May 2013

MUTIARA KATA



SEDIKIT CORETAN TENTANG

SEJARAH & LATARBELAKANG

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS









      Disini saya ingin kongsikan tentang pusat pengajian yang saya idamkan sejak dari kecil lagi.
     Syukur alhamdulilah kerana saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang saya    
     inginkan dan idamkan sejak dahulu lagi. Walaupun universiti ini sudah banyak kali bertukar nama, 
    namun Universiti Pendidikan Sultan Idris  masih merupakan universiti pilihan yang menempatkan 
      bakal-bakal graduan guru. Disini, saya akan ceritakan serba sedikit tentang sejarah dan latar belakang universiti ini...

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama singkatannya UPSI.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai Naib Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato’) sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof Semahil dan Encik Rusley Taib untuk membangunkan UPSI dalam serba kekurangan.

Berbekalkan enam orang kakitangan pentadbiran dan 29 orang tenaga akademik yang kebanyakannya dipinjamkan dari pelbagai agensi Kementerian Pendidikan Malaysia, UPSI mengorak langkah ke gelanggang pendidikan dengan semangat dan cita-cita murni. Ternyata, tidak mudah bagi UPSI menarik nafas lega, kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kekentalan semangat dan iltizam beserta dorongan Kementerian Pendidikan, UPSI menapak langkah demi langkah membina kekuatan diri berdiri atas kemampuan sendiri yang akhirnya berjaya menempatkan dirinya seiring dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain waktu ini.

Pembangunan infrastruktur bermula dengan pembinaan Bangunan Canselori pada tahun 1999 dan Kompleks Kediaman Siswa di Behrang Ulu. Pada awal tahun 2001, pembangunan semakin rancak dilaksanakan dengan pembinaan Gimnasium, Perpustakaan, Auditorium, Kompleks Pendidikan Muzik, dewan-dewan kuliah dan lain-lain. Beberapa kemudahan sedia ada yang merupakan warisan SITC-MPSI-IPSI dibaik pulih dengan beberapa pembaharuan, sesuai dengan kemajuan teknologi di samping mengekalkan struktur asalnya. Pembangunan yang rancak ini telah menampilkan imej UPSI sebagai sebuah institusi pengajian tinggi. Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan.

Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat buah fakulti yang menawarkan sepuluh program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains Sosial danKesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam buah dengan jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini menggambarkan perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik dan jumlah pelajar yang kian bertambah.

Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti sudah ditubuhkan dan fakulti tersebut adalah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Sains dan Matematik (FSMT), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), dan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). UPSI juga sudah mempunyai 54 program pengajian ( 7 Program Diploma, 35 Program Sarjana Muda Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan Pendidikan, dan 8 Program Ijazah Sarjana Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menawarkan 173 Program Pengajian (103 Program Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah).
Sekian......

JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN



JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN



UNIT 6 : UNJURAN ORTOGRAFIK







JADUAL SPESIFIKASI UJIAN




JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

PEPERIKSAAN BULANAN












SOALAN PEPERIKSAAN BULANAN





SULIT
1/1
Lukisan
Kejuruteraan
Mei 2013
2 ½ Jam


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BACHOK
PEPERIKSAAN BULANAN 2013
TINGKATAN 4
 


LUKISAN KEJURUTERAAN

DUA JAM TIGA PULUH MINIT

 


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



Disediakan Oleh :                                                                   Disahkan Oleh :

................................................                                                   .....................................
( Cik Zahirah Bt Abdul Razab )                                            ( Dr. Che Soh Bin Said )




Kertas soalan ini mempunyai 6
Halaman bercetak


NAMA :  ............................................................         TINGKATAN :  ..........................

ARAHAN :

1. Jawab semua soalan bahagian A (Struktur) dan bahagian B (lukisan).
2. Anda di nasihati supaya menceraikan setiap helaian kertas soalan bahagian B
sebelum menjawab.
3. Semua ukuran dalam milimeter (mm)
 Jawapan mesti dilukis dengan pensil di ruang yang disediakan pada
 kertas soalan ini. Jawapan mesti dilukis mengikut skala saiz penuh.
4. Hanya kaedah geometri boleh digunakan dan semua garisan mesti dilukis
dengan jelas.
Garisan binaan tidak perlu ditunjukkan bagi garisan selari, garisan
serenjang dan garisan condong yang dilukis dengan bantuan sesiku set
dan sesiku T.
5. Jawapan tidak perlu didimensikan melainkan dinyatakan.
6. Markah akan diberi kepada kefahaman konsep, kaedah yang betul dan
kejituan jawapan.
7. Pastikan nama dan tingkatan anda ditulis pada setiap helai kertas soalan.
8. Pastikan anda mengikat ke semua helaian kertas soalan sebelum
menyerahkannya kepada Guru.

                                                    Untuk Kegunaan Pemeriksa:
No Soalan
Markah
1

2

3

4

5

6

JUMLAH











”SELAMAT MAJU JAYA”
________________________________________________________________





BAHAGIAN A

Terdapat 2 soalan struktur. Jawab semua soalan yang diberikan.
Jawapan hendaklah diisi diruangan yang disediakan.


SOALAN  1


Didalam lukisan kejuruteraan  unjuran ortografik mempunyai beberapa jenis dimensi yang sering digunakan. Senaraikan 5 (LIMA) jenis dimensi yang terdapat didalam lukisan unjuran ortografik.

                                                                                                                       ( 5 markah )


JAWAPAN :

i)_____________________________________________
ii)____________________________________________
iii)___________________________________________
iv)___________________________________________
v)____________________________________________




SOALAN 2


Rajah 1.0 menunjukkan pandangan sudut pertama bagi objek yang diberikan. Berdasarkan satah dan anak panah yang ditunjukkan didalam rajah 1.0,  nyatakan arah pandangan mengikut pandangan sudut pertama.
                                                                                                                          ( 3 markah )


 

JAWAPAN :


(a)_________________________________________________
(b)_________________________________________________
(c)_________________________________________________




BAHAGIAN B


Terdapat 4 soalan berdasarkan unjuran ortografik.
Jawab semua soalan yang diberikan.


SOALAN 3





Kaji rajah di atas dengan teliti. Pada  skala penuh, lukiskan unjuran ortografik bagi objek di bawah agar selari dengan:


       i.            Satah AB seperti yang diperhatikan dari  X
     ii.            Satah BG seperti yang diperhatikan dari Y
   iii.            Satah mendatar ABGF.                                                                            ( 10 markah )




SOALAN 4






Kaji rajah di bawah dengan teliti. Pada skala penuh, lukiskan unjuran ortografik bagi objek di bawah agar selari dengan:


    i.            Satah menegak AB seperti yang  diperhatikan dari X
  ii.            Satah menegak AD seperti yang diperhatikan dari Y
   iv.            Satah mendatar ABCD.                                                                            ( 10 markah )






SOALAN 5

Rajah 5  menunjukkan dua pandangan bagi objek A.           
Lukiskan pandangan atas  bagi objek itu.
Tunjukkan garisan unjuran.                                                                                
                                                                                                                      ( 11 markah )

                                               











SOALAN 6

Rajah menunjukkan pandangan atas dan pandangan hadapan bagi objek A. Lukis pandangan sisi kanan bagi objek itu.
                                                                                                                          ( 11 markah )




Saturday 25 May 2013

KPD3016


REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL

Fakulti : Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Jabatan : Jabatan Pengajian Pendidikan
Semester : 2
Sesi         : 2012/2013
Nama Kursus : PENGAJARAN, TEKNOLOGI dan PENAKSIRAN 1
                          (Instruction,  Technology and Assessment 1)
Kod Kursus  : KPD3016
Jam Kredit  : 6 Jam
Prasyarat : Mesti telah lulus KPF3012, KPP3014, KPS3014


MAKLUMAT  PENSYARAH :

Nama                         
E-mail                        
Nombor Telefon       
Pejabat                        


SINOPSIS KURSUS


Kursus ini membincang dan membimbing pelajar membina kemahiran merancang pengajaran dalam lima aspek utama berikut: (a) menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, (b) memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran (c) memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia alat dan teknologi yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran, (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran. Pelajar akan mendapat kemahiran menyedia set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan mereka.


COURSE SYNOPSIS


This course discusses and guides students to develop skills in five major planning aspects of the teaching process: (a) stating teaching and learning objectives; (b) selecting and planning of curricular materials and sequence of lessons; (c) selecting appropriate teaching approach, methods and techniques, (d) preparing the use of appropriate teaching-learning tools and technology; (e) preparing, selecting, and using appropriate tools and methods to assess and evaluate learning outcomes. Students will develop skills in the preparation of sets of lesson plans, based on the subjects they specialize.


RASIONAL KURSUS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan sebagai seorang guru yang profesional seperti mana yang dihasratkan oleh negara dan masyarakat.


HASIL PEMBELAJARAN 

1. Menilai pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan pentaksiran (C6)
2. Menyusun atur perlakuan selaras dengan pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan pentaksiran yang dilaksanakan (C3, P3)
3. Mempertahankan pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan pentaksiran yang dilaksanakan (A3, CS2)
4. Berkebolehan mengenalpasti masalah dalam pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan pentaksiran, serta mencari penyelesaian alternatif (CTPS3)


KEMAHIRAN YANG BOLEH DIPINDAHKAN

1. Kemahiran membuat keputusan yang berjustifikasi dalam memilih pendekatan pengajaran
2. Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dalam perbentangan dan kerja berkumpulan
3. Kemahiran bekerja dalam pasukan dalam perbincangan kumpulan


RUJUKAN UTAMA

Arends, R. I. (2007). Learning to teach. (9 th ed.). Boston: McGraw Hill.

Moore, K. D. (2005). Classroom teaching skills (6 th ed.).Boston:
            McGraw Hill.

RUJUKAN TAMBAHAN

Bloom, Benjamin S., et. al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook 1: Cognitive Domain, London: Longman)    

Tyler, R. W. (1990). Prinsip asas kurikulum dan pengajaran. Penterjemah Haji Kamaruddin Hussin dan Hazil Abdul Hamid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Guskey, T. R. (1997). Implementing mastery learning (2nd ed). Belmont, CA: Wadsworth Publishing.

Heninich, R. Molenda, M. R. & Dmaldino S. E. (2005). Instructional media and technologies for learning (8th ed.). New Jersey, Prentice Hall. 

Holt, L. C. & Kysilka, M. (2006). Instructional patterns: strategies for maximising student learning. California: Sage Publication.

Barell, John (2007) Problem-Based learning: an inquiry approach. Corwin Press, Thousand Oaks.

Joyce, B., Weil, M. & Showers, B. (2002). Models of teaching (8th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Lin, R. L. & Gronland, N. E. (2000). Measurement and assessment in teaching (8th ed.). New Jersey: Prentice-Hall, Inc.  
Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57, 1-22. 
Shulman L. S. (2000). Teacher Development: Roles of
Domain Expertise and Pedagogical Knowledge, Journal of Applied Developmental Psychology 21(1): 129–135 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah: 

• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

  • Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.
  • Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan.
Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :

• Hari
• Tarikh
• Matapelajaran
• Kelas
• Masa
• Tajuk
• Objektif
• Kemahiran yang ingin dicapai
• Aktiviti
• Refleksi

Manakala Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaranpembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:

• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian

Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah :

• Menentukan objektif pengajaran tercapai.
• Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
• Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
• Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
• Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn
dan bersistem
• Rancangan Pelajaran Harian
o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
Hari dan tarikh
Mata pelajaran dan tingkatan
Masa
Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematiK membolehkan guru : 

a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
dirancang
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
yang diperuntukkan
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu
e. Merancang aktiviti murid-murid
f. Mengawal bilik darjah dengan baik
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.


PENGAJARAN MAKRO DALAM PENULISAN

PENGENALAN 


Pengajaran mikro dan makro biasa bagi mereka yang pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan. Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro anda didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan anda akan mengetahui kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan anda melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas anda. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.

PERSEDIAAN MENGAJAR


Persediaan dikaitkan dengan perancangan tentang bagaimana sesuatu aktiviti dirancang dengan teliti dari peringkat awal hingga akhir.Sesuatu pengajaran yang baik berkaitrapat dengan perancangan yang rapi. Kebijaksanaan seseorang guru diperlukan bagi merealisasikan hasrat dan harapan. Maka tanggungjawab seorang guru adalah menyediakan persediaan mengajar yang baik dan tersusun. Dengan persediaan yang rapi, guru berkeyakinan dalam menyampaikan pengajarannya dan pelajar mudah mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Alat bantu mengajar perlu untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang teliti menyebabkan pengajaran guru lebih berpandu bagi mencapai objektif yang telah dirangka bagi sesuatu sesi pengajaran.


KOMPONEN PERSEDIAAN MENGAJAR.


Terdapat tiga bahagian penting dalam pengajaran mengajar iaitu bahagian persediaan, penyanpaian dan bahagian penyampaian atau penutup. Guru harus menguasai ketiga-tiga komponen ini. Dalam aspek penggabungjalinan kemahiran juga perlu dinyatakan sebagai sebagahian daripada persediaan mengajar. Objektif pengajaran merupakan bahagian yang sangat penting dalam sesuatu pengajaran. Dalam menyediakan sesuatu persediaan mengajar yang baik, kriteria penilaian perlu diberi perhatian oleh guru.

  • Seorang guru yang perihatin harus peka penentuan hasil daripada pengajaran dan pembelajarannya. 

  • Sebelum membuat rancangan harian, guru harus pastikan apa yang perlu dikuasai oleh murid agar apa yang hendak disampaikan nanti dapat diaplikasikan dan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh murid-murid. Guru juga harus rancang kaedah atau sumber yang sesuai bagi membantu melaksanakan penilaian kelak.

  • Hasil pelajaran haruslah dirujuk kepada sukatan pelajaran dan pastikan aras pembelajaran mengikut aras dari mudah ke sukar agar hasil pembelajaran dapat dinyatakan dengan tepat, eksplisit dan jelas.  
  • Guru harus pastikan set induksi bertepatan dengan objektif pelajaran, bermakna dan mengikut tahap murid-murid. Set Induksi juga berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. 

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENGAJARAN MAKRO 


Semua guru perlu merancang pengajaran masing -masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar disamping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara: 


• Meneliti dan menafsir sukatan pelajaran 
• Membuka skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun 
• Menyediakan persediaan mengajar harian. 


Persediaan mengajar atau dikenali dengan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan.Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas,teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. 


Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru : 

a.Menentukan okjektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar 
dari apa yang dirancang. 
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup untuk 
disampaikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan. 
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan 
peringkat,kebolehan dan minat pelajar. 
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu.
e. Merancang aktiviti murid-murid.
f. Mengawal bilik darjah dengan baik .
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti 
dapat dijalankan dengan teratur. 
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk 
dikemukakan semasa pengajaran. 
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
m. Merancang bagaimana nilai murid dalam agama dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.