Wednesday 15 May 2013

UNJURAN ORTOGRAFIK




PENGENALAN UNJURAN ORTOGRAFIK

Ortografik ialah mengenai kaedah bagaimana untuk memaparkan bentuk sesuatu komponen atau objek di atas kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan. Unjuran arah pandangan ini akan memaparkan arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah yang diunjurkan ke satah paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.

Pandangan ortografik mengandungi dua atau lebih arah pandangan yang dilihat dari arah yang berbeza. Kedudukan pandangan ini bersudut tepat diantara satu sama lain dan disusun dengan kaedah tertentu. Setiap satah pandangan ini memaparkan bentuk yang berbeza. Kombinasi daripada bentuk-bentuk ini akan menghasilkan maklumat satu bentuk komponen yang lengkap. Hasil pandangan yang lengkap ini menyebabkan konsep ini digunakan secara meluas dalam bidang kejuteraan.

Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk tulisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuannya adalah untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam Unjuran Sudut Pertama (First Angle Projection) dan Unjuran Sudut Ketiga (Third Angle Projection).



DEFINISI  UNJURAN ORTOGRAFIK

Unjuran Ortografik adalah cara melukis sesuatu objek yang berbentuk 3 dimensi (3D) dari arah pandangan yang berbeza. Biasanya, kita perlu melukis pandangan depan, sisi dan pelan agar orang lain dapat melihat setiap sisi penting lukisan objek yang hendak dilukis.

Lukisan Ortografik sangat berguna terutama sekali semasa reka bentuk dibangunkan ke peringkat di mana ianya hampir bersedia untuk dikeluarkan atau dipasarkan.

Terdapat dua cara untuk melukis lukisan dalam ortografik :

1) Unjuran sudut pertama.    
2) Unjuran sudut ketiga




Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan unjuran sudut ketiga hanyalah pada kedudukan pandangan pelan, hadapan dan sisi sahaja.



KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK

Unjuran Ortografik mempunyai tiga konsep utama iaitu :

1)  Arah Pandangan
2)  SatahUnjuran
3)  Objek( benda yang dilukis )



i) Arah Pandangan


Pandangan Hadapan

Arah pandangan ialah, apabila setiap pandangan ortografik dihasilkan denganmengunjurkan setiap garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan.
Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan




Pandangan Atas

Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran.
Oleh itu apabila satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, maka satu lagi pandangan boleh diunjurkan daripada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas.




Pandangan Sisi

Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan





ii.     Satah Unjuran.

Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah.





iii.      Objek ( benda yang dilukis )


Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga.
Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah.





KAEDAH PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK

1) Pandangan Hadapan  
2) Pandangan Atas  
3) Pandangan sisi


Pandangan atas, hadapan dan sisi



KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK

Lukisan ini menggunakan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk (mendatar) dan satah menegak tambahan (susuk).  Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat seperti dalam rajah .


RAJAH 1



Kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari sati arah pandangan. Kedudukan kedua - dua satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang di antara satu sama lain dalam sudut 90 darjah. Ini akan menghasilkan empat bahagian yang dikenal sebagai sukuan pertama, sukuan kedua dan sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat. Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut. Dengan itu ia dinamakan sudut pertama, sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat. seperti dalam rajah terdapat nama bahagian sudut - sudut tersebut.



RAJAH 2

                                                                                            
Dari empat sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga. Keadaan ini berlaku kerana satah - satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan (pandangan) yang terhasil pada satah - satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih di antara satu sama lain. Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan. Manakala pada sudut pertama dan ketiga pula satah akan terbentang yang akan menghasilkan lukisan terang dan jelas.


Pandangan - Pandangan Dalam Unjuran Ortografik .
RAJAH 3
                                            pandangan pada satah berlainan kedudukannya.

Untuk menentukan pandagan - pandangan bagi sesuatu objek dalam unjuran ortografik, boleh ditempatkan satah - satah unjuran seperti dalam rajah 3. Tiga satah utama yang digunakan ialah satah menegak dari arah A dan Bdan satah melintang dari arah C. Semua bentuk yang terhasil akan dirakamkan pada satah -satah berkenaan yang menghasilkan pandangan - pandangan yang diperlukan.

RAJAH 4


Satu Bongkah Dalam Pandangan Bergambar

Dalam rajah 4 menunjukkan bongkah yang dilihat dari tiga arah pandangan. Pandangan ini masih tidak sempurna kerana tidak dapat menunjukkan denagn lengkap,saiz , rupa dan bentuk sebenar objek berkenaan . Sebagai contoh lurah V tidak dapat menunjukkan bukaan sudut yang betul dan bentuk bulatan dilihat berbentuk elip  dan bentuk yang sepatutnya berbentuk bulat. Ini bermakna bentuk yang dilihat itu tidak dapat menunjukkan gambaran tepat objek yang sebenar.
RAJAH 5
objek dilukis dalam pandangan ortografik

RAJAH 6


Pandangan yang mengelirukan dalam lukisan bergambar dapat ditunjukkan dengan terang dan jelas dalam lukisan ortografik. Sebagai contoh bentuk v pada rajah 5 dapat ditunjukkan ukuran dan bentuk pada pandangan hadapan dengan jelas dan terang. Begitu juga ukuran dan bentuk bulatan dapat dilihat pada pandagan atas. Ini menunjukkan pandangan ortografik adalah satu yang terang, jelas dan lengkap.
Unjuran sudut pertama : 


Rajah 7 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek.  


Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH untuk unjuran

RAJAH 7 sudut pertama.  

Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 8.  Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.  Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.

RAJAH 8


Contoh pada Rajah 9 menunjukkan unjuran pertama dalam dua pandangan sisi kiri dan sisi kanan.  Dalam unjuran pertama tiga pandangan yang boleh dilukis adalah pandangan hadapan , pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan.

RAJAH 9

Rajah 10 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat di hadapan objek.  Kaedah ini menghasilkan konsep MATA –    SATAH – OBJEK untuk unjuran sudut ketiga.
RAJAH 10

 Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut ketiga adalah seperti contoh dalam Rajah 11.  Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.  Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.

RAJAH 11



Contoh pada Rajah 12 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah.  Walau bagaimanapun hanya tia pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja.

Simbol lukisan unjuran

Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan , satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 13. Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan ( title block ) kertas lukisan.


 simbol unjuran sudut pertama 
 
simbol unjuran sudut ketiga 
Rajah 12



UNJURAN SUDUT KE TIGA

Sila lihat contoh mudah bagi objek "dadu" di bawah;- cuba fahamkan sudut- sudut pandangan yang telah dilukis.

Arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.

Unjuran sudut ketiga juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Kini penggunaanya telah meluas di serata dunia. lukisan unjuran ini objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah - satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah -olah diperbuat daripada bahan lutsinar bagi membolehkan objek itu dilihat menembusi satah - satah utamanya dari arah anak panah A,B dan C. Ketiga - tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek  sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 14


rajah 14
Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 15


rajah 15: Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan


2 comments: