Saturday 25 May 2013

KAEDAH MELUKIS


KAEDAH MELUKIS UNJURAN ORTOGRAFIK



Kaedah Unjuran Ketiga

Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah pandangan sisi. Biasanya pandangan ini dilukis paling akhir kerana ukurannya boleh diperolehi daripada unjuran pandangan hadapan dan pandangan pelan. Terdapat berbagai – bagai kaedah bagaimana ukuran untuk pandangan sisi ini diperolehi, antaranya:

i. Menggunakan garisan bersudut 450, seperti rajah 17.





Rajah 16 Garisan bersudut 450

ii. Menggunakan sesiku sudut 450, seperti rajah 17.


Rajah 17 Menggunakan sesiku sudut 450

iii. Menggunakan pembahagi atau jangka lukis, seperti rajah 18.


rajah 18 Menggunakan pembahagi atau jangka lukis

iv. Menggunakan kayu ukur, seperti rajah 19.


Rajah 19 Menggunakan kayu ukur

Antara kaedah yang dinyatakan diatas, kaedah kayu ukur merupakan cara yang paling tepat tetapi memakan masa yang lama. Kaedah – kaedah lain memerlukan kemahiran menggunakan alat lukisan sebelum hasil yang baik diperolehi.Ini disebabkan cara pemindahan ukuran ini dilakukan dengan bantuan alat lukisan bukan cara pengukuran terus.


BAGAIMANA  MEMULAKAN LUKISAN

Memang tidak ada satu ketetapan peraturan yang khusus bagaimana memulakan sesuatu lukisan. Yang pasti lukisan yang dilukis hendaklah bersih, tepat dan cepat. Berikut merupakan kaedah melukis unjuran ortografik secara bersistem.


Langkah 1

Arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan terlebih dahulu. Jika ada arahan yang diberikan, arahan tersebut mestilah dipatuhi. Jika tidak ada arahan yang diberi, arah pandangan hadapan perlulah diambil dari arah yang mempunyai ukuran yang paling panjang, berada dalam kedudukan mendatar dan dapat menunjukkan bahagian – bahagian hadapan objek dengan garisan nyata yang banyak. Pandangan sisi pula diambil dari arah pandangan yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian sisi dengan menggunakan garisan – garisan tersembunyi yang paling sedikit. Pandangan atas tidak perlu ditetapkan lagi kerana telah jelas berada pada arah atas objek itu. Ini dapat diperhatikan dalam rajah 20.



Rajah 20. Menentukan arah-arah pandangan
  
Langkah 2

Tentukan unjuran sudut pandangan yang hendak dilukis dan kemudian tentukan bilangan pandangan yang hendak dilukis , biasanya tiga arah pandangan sahaja seperti dalam rajah 21.



Rajah 21  Menentukan bilangan pandangan


Langkah 3

Tentukan kedudukan yang hendak dilukis, jika memerlukan jarak yang sama seperti unjuran ortografik sudut pertama, perkiraan perlulah dilakukan seperti rajah 4.36 dan rajah 4.37 untuk sudut ketiga. Setelah itu kotak – kotak disediakan untuk setiap pandangan dengan menggunakan pensil yang keras tetapi kabur seperti 4H, 2H atau 6H. Kotak – kotak yang dibina itu mestilah berdasarkan kepada ukuran yang terbesar dalam suatu pandangan.


Rajah 22 Unjuran ortografik sudut ketiga


Langkah 4

Selepas itu, ukuran – ukuran asas setiap arah pandangan pada kotak – kotak pandangan ditandakan, seperti rajah 23. Jika boleh kaedah pemindahan ukuran dengan menggunakan jangka lukis, sesiku sudut dan sesiku T digunakan. Dengan cara ini masa dapat dijimatkan.


Rajah 23 pemindahan ukuran
Langkah 5

Seterusnya, bahagian – bahagian asas pandangan setiap kotak pandangan itu dilukiskan dengan menggunakan garisan yang halus, seperti rajah 24.


rajah 24 Menggunakan garisan yang halus



Langkah 6

Seterusnya semua ukuran ditanda pada setiap gambarajah pandangan termasuklah pusat bulatan , lengkok dan bahagian – bahagian yang bersudut, seperti rajah 25.



Rajah 25 Penandaan ukuran


 Langkah 7

Seterusnya bahagian – bahagian yang terdapat bulatan dan lengkok dilukis terlebih dahulu. Jika terdapat bulatan – bulatan yang sama garis pusatnya, bulatan tersebut dilukis terlebih dahulu supaya mengukur jejari setiap bulatan itu dapat dijimatkan, seperti rajah 26.



Rajah 26 Melukis bulatan


 Langkah 8


Seterusnya setiap garisan yang perlu dihitamkan misalnya garisan objek dengan memastikan ketebalan dan kehitamannya mengikut tugas garisan itu. Kemudian garisan – garisan tambahan yang perlu bagi rajah pandangan itu dilukis seperti garisan tersembunyi, garisan pemotongan, garisan keratan dan sebagainya, seperti rajah 27.


Rajah 27 Menetapkan jenis-jenis garisan


Langkah 9

Akhirnya dimensi diberikan kepada gambarajah. Seberapa yang boleh dimensi jangan ditukar dengan ukuran – ukuran yang diberi tadi, seperti rajah 28



Rajah 28 Pendimensian

No comments:

Post a Comment